Site icon TUHAU BAMBANGAN

Kanak-kanak autisme enam tahun terjatuh & lemas di Labuan

LABUAN: Seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dari jambatan berhampiran rumahnya di perkampungan air Kampung Patau-Patau Dua, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Abd Rahman Ali berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 10.30 malam.

Pasukan bomba bersama Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba tiga minit kemudian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Mangsa ditemukan kira-kira satu meter dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 12.57 tengah malam.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 1.38 pagi tadi.

Exit mobile version