Site icon TUHAU BAMBANGAN

Op Tiris kesan rokok disyaki tidak bercukai, seorang lelaki ditahan

RANAU: Seorang lelaki ditahan selepas polis menemukan beberapa kotak mengandungi rokok pelbagai jenama disyaki tidak bercukai dalam Op Tiris di sekitar daerah Ranau, semalam.

Operasi itu dilaksanakan oleh Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (BKDNKA) IPD Ranau bagi memeriksa lesen penjual dan pengedar barangan keperluan bersubsidi serta membanteras kegiatan penyalahgunaan dan penyeludupan barangan berkenaan.

IPD Ranau dalam kenyataan memaklumkan penemuan rokok terbabit hasil maklumat yang disalurkan oleh masyarakat setempat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ranau, Supt Mursalin Mahmud merakamkan penghargaan kepada masyarakat atas kerjasama dan sikap prihatin dalam membantu polis membanteras kegiatan menyalahi undang-undang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Ranau di talian 088-875222 dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Exit mobile version