Site icon TUHAU BAMBANGAN

3 remaja berjaya dikesan, tinggal Olivia masih hilang – Polis KK

KOTA KINABALU: Tiga daripada empat remaja perempuan yang dilaporkan hilang dalam kejadian berasingan di sekitar Kota Kinabalu berjaya dikesan, manakala Olivia Jeffrey, 16, masih belum ditemui.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga remaja yang berjaya dikesan ialah Lorna Palmani, 17, Nadyana Albaser, 16, dan Farha Nabila Abdullah, 14.

Ketiga-tiga kes berkenaan telah diselesaikan, manakala usaha mengesan Olivia masih diteruskan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Olivia Jeffrey diminta menghubungi IPD Kota Kinabalu terus di talian 088-529222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” menurut kenyataan itu.

IPD Kota Kinabalu turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas kerjasama dan perkongsian maklumat yang diberikan.

Exit mobile version