Site icon TUHAU BAMBANGAN

3 remaja perempuan hilang dalam tiga hari berturut-turut di KK

KOTA KINABALU: Tiga remaja perempuan berusia antara 14 hingga 16 tahun dilaporkan hilang dalam kejadian berasingan di sekitar Menggatal dan Inanam dalam tempoh tiga hari berturut-turut, bermula 7 November lalu.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dalam kenyataan memaklumkan, remaja terbabit ialah Olivia Jeffrey, 16, dari Taman Richdar, Menggatal, yang hilang sejak 7 November.

Nadyana Albaser, 16, dari Kampung Warisan Kalansanan, Inanam, pula dilaporkan hilang sejak 8 November, manakala Farha Nabila Abdullah, 14, dari Kampung Sinulihan, Inanam, sejak 9 November.

Polis turut memohon bantuan mengesan seorang lagi remaja perempuan, Lorna Palmani, 17, dari Kampung Numbak, Menggatal, yang dilaporkan hilang sejak 22 Oktober lalu.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan mereka diminta menghubungi IPD Kota Kinabalu terus di talian 088-529222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai juga dipohon berkongsi hebahan ini bagi membantu usaha mengesan kesemua individu berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Exit mobile version