Site icon TUHAU BAMBANGAN

SPRM kesan Rasnah dari Kg Tanjung Kapur, Kudat

KOTA KINABALU, 23 Nov – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita dikenali sebagai Rasnah Majuan, 51, bagi membantu siasatan satu kes.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, wanita berkenaan mempunyai alamat terakhir di Kampung Tanjung Kapur, Kudat, Sabah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan Rasnah diminta menghubungi pegawai penyiasat, Ahmad Aslam bin Selamat di talian 088-488381 atau melalui e-mel ahmadaslam@sprm.gov.my.

Exit mobile version