Site icon TUHAU BAMBANGAN

Perobohan Kg Pondo Diteruskan Selepas Peperiksaan SPM – Aksyah

KOTA KINABALU, 23 November – Penangguhan sementara perobohan kediaman tanpa kebenaran di Kampung Pondo, Pulau Gaya bukan bermakna operasi itu dibatalkan, sebaliknya akan diteruskan selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selesai.

Ketua Penerangan (Penaja) Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Kinabatangan, Aksyah Nasrah berkata, keputusan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor itu dibuat atas pertimbangan kemanusiaan bagi memberi ruang kepada pelajar terlibat menduduki peperiksaan dengan tenang.

Bagaimanapun, katanya, penangguhan tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan undang-undang atau menghalang tindakan penguatkuasaan.

“Penangguhan atas dasar ihsan ini bukan lesen untuk mengetepikan undang-undang. Tempoh yang panjang sudah diberikan dan kawasan berkenaan telah lama digazetkan sebagai kawasan peranginan, bukannya penempatan setinggan tanpa kawalan,” katanya menerusi hantar

Exit mobile version