Site icon TUHAU BAMBANGAN

Kg Kiau Jadi Laluan Baharu Pendakian Gunung Kinabalu Bermula Tahun Depan – Ewon

KOTA BELUD, 21 November – Kampung Kiau di Kadamaian dijangka menjadi laluan baharu pendakian Gunung Kinabalu bermula tahun depan sempena Tahun Melawat Sabah 2027, sekali gus membuka peluang ekonomi dan pelancongan kepada penduduk setempat.

Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, cadangan pembukaan laluan baharu dari daerah Kota Belud itu berpotensi merancakkan sektor pelancongan berasaskan komuniti, khususnya pengusaha inap desa, pemandu pelancong, koperasi dan peniaga kecil.

“Sebab itu, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, saya mengalu-alukan pembukaan laluan baharu mendaki Gunung Kinabalu dari Kampung Kiau, Kadamaian yang dijangka dibuka pada tahun depan sempena Tahun Melawat Sabah 2027.

“Saya sangat menghargai rancangan kerajaan, khususnya kementerian yang bertanggungjawab terhadap pelancongan dan Taman-Taman Sabah, untuk menyediakan laluan baharu pendakian Gunung Kinabalu dari daerah K

Exit mobile version