KOTA KINABALU, 23 November – Pakatan Harapan (PH) Sabah menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor untuk meneruskan kerjasama politik antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Barisan Nasional (BN) dan PH bagi menjamin kestabilan pentadbiran serta kelangsungan pembangunan negeri.
Pengerusi PH Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, kestabilan politik penting bagi membolehkan kerajaan negeri dan Persekutuan memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek serta penyampaian perkhidmatan yang diperlukan rakyat.
“Keutamaan ketika ini adalah memastikan bekalan air dan elektrik lebih terjamin, jalan raya dibaiki serta projek tebatan banjir disiapkan mengikut jadual,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan media hari ini sebagai respons terhadap pendirian Hajiji untuk mengekalkan kerjasama tiga gabungan berkenaan dalam kerajaan Sabah.
Mustapha berkata, kerjasama erat antara Kerajaan Sabah dan Kerajaan

