KOTA KINABALU: Farha Nabila Abdullah, 14 tahun, masih belum pulang ke rumah sejak dua minggu lalu selepas dilaporkan hilang pada 9 November, dengan lokasi terakhirnya dipercayai di kawasan Sungai Kionsom dan Air Terjun Kampung Kionsom, Inanam.
Menurut hebahan polis Kota Kinabalu menerusi Facebook, remaja perempuan berbangsa Dusun yang berasal dari Kampung Sinulihan, Inanam itu kini sedang dikesan pihak polis.
Farha Nabila kali terakhir dipercayai berada di kawasan berkenaan dengan memakai baju-T berwarna hitam dan seluar trek hitam.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan remaja terbabit diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau SM Vensin Verus di 016-9279529 bagi membantu usaha mengesannya.

