Site icon TUHAU BAMBANGAN

Hajiji santai tonton filem Mat Kilau bersama belia Sabah

KOTA KINABALU: Yang Amat Berhormat (YAB)Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor hari ini (13 Julai) hadir bersama belia Sabah ke Golden Screen Cinema (GSC) Suria Sabah, bagi menyaksikan tayangan filem tempatan, Mat Kilau.

Hajiji menyeru orang ramai untuk menyokong hasil karya anak tempatan khususnya generasi muda.

“Ayuh semua, kita sokong hasil karya anak tempatan khususnya generasi muda agar kita dapat menghargai dan mengingati mereka yang telah gugur dan berkorban demi masa depan serta keamanan yang kita kecapi selama ini.” Katanya.

Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Suntik Tuin pula berkata, program santai ini dilaksanakan bertujuan mengumpulkan para belia untuk bersama-sama menonton dan menghayati filem yang membawa konsep sejarah perjuangan oleh pejuang tanah air suatu ketika dahulu.

Sementara itu, dialu-alukan juga bagi rakyat Sabah, terutama belia untuk menyaksikan sebuah filem tempatan yang bertajuk ‘Silence of The 177’. Filem ini akan ditayangkan di panggung wayang pada bulan September dan arahan serta terbitan oleh penggiat seni filem tempatan Sabah sendiri, iaitu Marc Abas.

Penyertaan bagi program santai ini begitu memuaskan apabila melihat sambutan yang positif daripada belia Sabah.

Program ini merupakan anjuran bersama Majlis Belia Sabah (MBS), Gabungan Persatuan Belia Pantai Barat Selatan, Gabungan Persatuan Belia Pedalaman Bawah dan IKRAR.

Exit mobile version