Site icon TUHAU BAMBANGAN

Rakyat Sabah SENGSARA cari minyak peket, penyeludup & tali barut SENANG LENANG nikmati untung subsidi

SABAH: Isu kesukaran rakyat mencari minyak masak di Sabah sudah bingit kedengaran sejak 1 Julai.

Ramai rakyat Sabah, terutama mereka yang berada di golongan B40 sangat terkesan dengan penarikan subsidi minyak botol dan menjurus kepada kebergantungan mereka terhadap minyak masak peket.

Namun, ketika rakyat terpaksa bergantung dengan minyak masak peket, muncul pula individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Seperti isu yang berlaku baru-baru ini di daerah Beluran.

Hasil rampasan minyak masak dan diesel oleh KPDNHEP dalam serbuan di Sungai Kolapis, Beluran adalah sebanyak RM1,904,975.

Tindakan lanjut, kes kini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan melakukan kesalahan.

Rata-rata rakyat Sabah marah dengan situasi yang berlaku di Sabah pada ketika ini. Terutama yang melibatkan barang keperluan harian rakyat.

Sumber: SH

Exit mobile version