Site icon TUHAU BAMBANGAN

CIMB umum gangguan perkhidmatan kad debit bermula hari ini hingga Sabtu

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Berhad memaklumkan gangguan sementara perkhidmatan kad debitnya bermula hari ini hingga Sabtu susulan kerja penyelenggaraan berjadual.

Menurut kenyataan pengurusan CIMB pada Isnin, pembelian menggunakan Kad Debit CIMB sama ada di premis mahupun dalam talian tidak dapat dilakukan sepanjang tempoh yang ditetapkan.

“Gangguan tersebut dijadualkan berlaku pada beberapa tarikh iaitu 7 April 2026 (Selasa) dari jam 12.00 tengah malam hingga 7.30 pagi, 10 April 2026 (Jumaat) dari jam 12.00 tengah malam hingga 2.00 pagi, 16 April 2026 (Khamis) dari jam 12.00 tengah malam hingga 5.00 pagi serta 25 April 2026 (Sabtu) dari jam 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi,” jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, pelanggan dinasihatkan merancang urusan pembayaran lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang tempoh gangguan berkenaan.

Pihak bank turut memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul serta menghargai kerjasama pelanggan.

Sumber: CIMB

Exit mobile version