Site icon TUHAU BAMBANGAN

Hati-hati! 7 penyakit akibat penggunaan gadget yang berlebihan

Kehidupan harian kita kini sudah tidak boleh lepas dari gadget. Hampir setiap masa orang akan menghadap smartphone untuk pelbagai tujuan. Ada juga yang terus terpaku menatap skrin laptop atau komputer untuk menyelesaikan pekerjaan dan sebagainya. Penggunaan gadget yang berlebihan sudah tentu memberi kesan buruk terhadap kesihatan fizikal juga mental seseorang. Bahkan, muncul pelbagai penyakit yang berkaitan dengan gadget.

Apakah penyakit yang dimaksudkan itu? Jom sama-sama kita semak.

1. Text neck

Menundukkan kepala sambil bermain phone dapat memberikan tekanan sebesar 60lb di leher. Apabila ini berlanjutan dalam tempoh yang lama, ia boleh menyebabkan otot jadi sakit dan meradang. Situasi ini dikenali dengan istilah ‘text neck’. Pengkaji dari Australia menemukan bahawa keadaan ini boleh menimbulkan benjolan tambahan pada tulang di tengkorak. Bagi mengelakkan hal ini terjadi kepada kita, para pengkaji menyarankan untuk menghadap dan memegang phone pada paras mata.

2. Gangguan game

Kita sedia maklum bahawa banyak game yang boleh diakses hanya melalui phone dan ini membuatkan ramai yang ketagih. WHO memberi klasifikasi bahawa ketagihan game merupakan masalah kesihatan mental. Tanda-tanda bagi penyakit ini adalah pengguna smartphone akan mengutamakan game berbanding melakukan aktiviti lain. Selain itu, ia boleh menyebabkan kita kurang tidur dan mengabaikan kehidupan sosial.

3. Nomofobia

Terbiasa menggunakan smartphone kadangkala boleh membuatkan seseorang menjadi risau bila smartphone tertinggal dan tidak dapat memeriksa notifikasi. Kerisauan tidak dapat memeriksa smartphone dikenali dengan istilah nomofobia. Hal ini boleh menjurus kepada ‘panic attack’.

4. Smartphone thumb

Masalah lainnya yang boleh berlaku adalah smartphone thumb. keadaan ini menyebabkan ibu jari terasa sakit selepas menggunakan smartphone. Bahkan aktiviti mengetik atau scroll pada skrin gadget boleh menyebabkan rasa sakit dan kram pada jari, pergelangan tangan dan lengan. Juga boleh menyebabkan carpal tunnel syndrome.

5. Console wound

Penggunaan gadget yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah kulit. Mereka yang bermain game selama berjam-jam boleh membuatkan luka di jari berkembang dan kelihatan seperti kapalan. Keadaan akan bertambah buruk apabla bermain game dengan keadaan tangan yang basah.

6. Selfie

Kehadiran media sosial juga menjadi faktor penggunan smartphone yang berlebihan. Sesetangah individu akan jadi suka untuk menaik muat potret selfienya ke media sosial. Boleh dikatakan ‘selfies’, tapi mungkin boleh lebih dari itu. Mereka mungkin akan mengalami hal ini dimana mereka merasa ada keperluan untuk menaik muat gambar ke media sosial. Seseorang juga boleh mengalami krisis percaya diri dan kesukaran mengendalikan diri untuk memuat naik gambar.

7. Computer Vision Syndrome

Menghadap skrin laptop dan kompuer selama berjam-jam boleh menyebabkan computer vision syndrome. Keadaan ini boleh dikenal pasti dengan berlakunya ketegangan mata, mata kering dan rabun.

Sumber: okezone

Exit mobile version