Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki berbangsa Sungai hilang di Putatan, polis minta kerjasama orang ramai

PENAMPANG: Seorang lelaki berbangsa Sungai berusia 25 tahun dilaporkan hilang di Kampung Dumpil, Putatan sejak 23 Februari lalu, dan pihak polis kini memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan keberadaannya.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa laporan orang hilang diterima pada jam lebih kurang 10.37 pagi, Isnin (23 Februari) bersabit laporan Putatan/1107/2026.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Jhonal Abdullah, yang dilaporkan hilang sekitar jam 9.00 malam di kawasan Kampung Dumpil, Putatan.

Jelas kenyataan itu lagi, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan usaha mengesan mangsa.

“Sehubungan itu, polis memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu ini agar tampil membantu siasatan dengan hadir ke mana-mana balai polis terdekat atau menghubungi IPD Penampang,” jelas kenyataan itu di sini, hari ini.

Menurut beliau, maklumat juga boleh disalurkan terus ke talian IPD Penampang di 088-712222.

Kes ini disiasat oleh Ketua Polis Balai Putatan, Inspektor Afizul Ag Amin, yang boleh dihubungi di talian 016-8352006.

Polis berharap kerjasama orang ramai dapat membantu mempercepatkan usaha mengesan lelaki berkenaan.

Exit mobile version