Site icon TUHAU BAMBANGAN

Penganggur dihukum penjara, bayar guna duit palsu di stesen minyak Shell, Pekan Goshen

KOTA MARUDU: Seorang penganggur dipenjara selama setahun oleh Mahkamah Kota Marudu pada Rabu selepas mengaku bersalah menggunakan wang kertas palsu bernilai RM100 di sebuah stesen minyak Shell di Pekan Goshen.

Tertuduh, Masli Asong, 30, dari Kampung Marudu Laut, didakwa di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menggunakan wang kertas palsu. Hukuman penjara selama satu tahun dikenakan bermula dari tarikh sabitan iaitu 11 Februari 2026.

Kes berkenaan disiasat oleh Sarjan Amisah Md Salleh dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) IPD Kota Marudu dengan kerjasama pegawai penyiasat daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Marudu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Inspektor Seanhilary Miting Pakoi.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Simiun Lomudin menegaskan bahawa kesalahan melibatkan wang kertas palsu merupakan jenayah serius dan pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika menerima wang tunai dan segera membuat laporan polis sekiranya mengesyaki berlaku transaksi melibatkan wang palsu.

Exit mobile version