KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, semalam secara rasmi mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Tanjung Aru Eco Development (TAED).
Penyerahan tugas tersebut disempurnakan oleh bekas Pengerusi TAED, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Menara Kinabalu, di sini.
Majlis itu turut disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Peguam Besar Negeri Datuk Brenndon Keith Soh, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Mohd Sofian Alfian Nair, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Sabin Samitah, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Bernard Liew serta Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Philemon Lajawai.
Pengambilalihan jawatan itu dilihat sebagai langkah memperkukuh kepimpinan dan hala tuju pembangunan projek Tanjung Aru Eco Development, selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan pelaksanaan projek strategik berkenaan berjalan lancar dan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat Sabah.

