Negeri sabah adalah sebuah negeri yang tergabung di antara lambakan pulau dikelilingi Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes dan hutan yang cukup luas.
Jika anda pergi ke Sabah, boleh semak senarai tempat menarik di Kundasang Sabah.
Sabah adalah destinasi pealncongan yang popular dan berikut 23 senarai tempat menarik untuk dilawati;
1. Tun Mustapha Tower Sabah
Menara Tun Mustapha, iaitu Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah ini merupakan bangunan yang mempunyai konsep reka bentuk yang unik dan menarik.
Bangunan 30 tingkat ini dibina dengan menggunakan kaca dan aluminium, di mana ia belum pernah lagi dicuba di rantau ini dan merupakan yang pertama sekali dibina sedemikian.
Ia mempunyai struktur yang kukuh dan ketahanan yang sangat tinggi kerana ia boleh menahan kelajuan angin sehingga 272 kilometer sejam. Bangunan pencakar langit ini kelihatan seperti sebuah kapal roket besar yang sedia untuk dilancarkan.
Bangunan ini melambangkan keteguhan Gunung Kinabalu yang menandakan mercu kemegahan negeri Sabah yang boleh dilihat pada panel kaca bangunan ini.
Kedudukannya yang berhadapan dengan Teluk Likas, bangunan ini disamakan dengan Taj Mahal moden yang berubah warna sepanjang hari bergantung kepada keadaan dan warna langit, suasana awan dan matahari.
2. Upside Down House / Rumah Terbalik
Rumah Terbalik di Sabah ini adalah yang pertama di Malaysia dan ini menjadikannya sangatlah unik untuk dilawati. Rumah Terbalik ini terletak di Tamparuli dan hanya mengambil masa perjalanan 30 minit sahaja dari Kota Kinabalu ke sini.
Ruang tamu, bilik tidur, dapur, beranda, tandas dan taman dalam posisi terbalik melengkapi Rumah Kampung Tradisional Sabah ini. Rumah kampung terbalik merupakan satu daya tarikan untuk pelancong yang bercuti di Sabah dan direka untuk semua peringkat umur.
Pastinya banyak masa dihabiskan di sini bagi anda yang gemar bergambar kerana kedudukan rumah yang terbaik yang unik dan latar belakang yang menarik pastinya akan kelihatan real di dalam gambar.
3. Jambatan Gantung Tamparuli
Jambatan Gantung Tamparuli juga merupakan tempat menarik yang ada di Sabah.
Ia merupakan mercu tanda kepada pekan Tamapruli dan sangat terkenal di Sabah.
Tamparuli merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di Tamparuli, Sabah. Penduduk yang berbangsa Kadazandusun mendiami daerah kecil ini.
Jambatan Tamparuli ini dibina menggunakan kayu dan tali sahaja pada asalnya. Namun begitu, pada tahun 1930an, ia telah musnah ketika banjir besar melanda.
Selepas itu, jambatan baru telah dibina semula pada tahun 1933 oleh pihak British dengan menggunakan simen dan besi sepanjang 200 meter.
4. Kundasang War Memorial Park
Kundasang War Memorial Park adalah tempat menarik di Sabah yang akan kita tinjau seterusnya. Ia merupakan tempat bersejarah yang menceritakan mengenai pengorbanan askar-askar Australia dan British yang bertungkus-lumus mempertahankan negara.
Pada tahun 1945, ketika perang dunia kedua, negara ini telah dipertahankan daripada serangan tentera Jepun oleh kedua-dua askar Australia dan British.
Monumen-monumen bersejarah ditempatkan di 4 taman yang terdapat di sini iaitu Australian Garden, British Garden, Contemplation Garden & Pool dan Borneo Garden.
Untuk mengelakkan daripada cuaca panas, anda disarankan untuk datang pada waktu pagi ataupun sedikit petang jika anda mahu melawat Kundasang War Memorial Park ini.
Jika anda mempamerkan MyKad, anda hanya perlu membayar RM2 sahaja untuk masuk ke sini.
5. Pekan Nabalu
Pekan Nabalu mempunyai beberapa deretan pasaran yang menjual sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga.
Di samping itu, terdapat juga pasar rumah dimana vendor menjual barangan seperti kraftangan manik, cenderahati kemeja Sabah, alat muzik dan lain-lain lagi.
Pasti anda akan rambang mata untuk memilih barang yang hendak dibeli kerana di sini terdapat banyak vendor yang boleh dijumpai dan anda akan mendapat harga yang terbaik daripada penjual sekiranya anda bijak dalam tawar menawar harga.
Seterusnya, turut dijual keropok tempatan, bahan makanan fermentasi dan madu liar tempatan jika anda mahu membawa pulang hasil tempatan.
6. Pekan Kundasang
Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang berdekatan dengan Gunung Kinabalu.
Dari Taman Negara Kinabalu, ia hanya terletak 6km sahaja ke Pekan Kundasang. Pemandangannya yang indah menjadikan ia tumpuan utama pelancong datang ke pekan ini. Ia sering menjadi tumpuan pendaki-pendaki yang ingin mendaki ke Gunung Kinabalu.
Untuk pengetahun anda, pertanian adalah sumber pendapatan utama kepada penduduk di sini. Oleh itu, banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang dijual dapat anda lihat di sini.
Di pekan ini juga terdapat banyak gerai yang menjual cenderahati dan makanan. Jadi, sebelum pulang, bolehlah anda membeli belah terlebih dahulu.
7. Desa Dairy Cattle Farm
Seterusnya, Desa Cattle Dairy Farm adalah tempat menarik di Sabah yang akan kita tinjau bersama-sama. Di Sabah, antara daya tarikan yang berjaya menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara adalah Desa Cattle Dairy Farm.
Desa Cattle Dairy Farm ini adalah ladang lembu yang menghasilkan susu sekitar 900,000 liter dalam setahun. Pelbagai jenis lembu dan sebahagian besar lembu dari baka Friesians ditempatkan di ladang seluas 199 hektar ini.
Untuk makluman anda, Desa Cattle Dairy Farm ini merupakan pengeluar susu tertinggi semua baka lembu. Ia adalah destinasi pelancongan yang ideal untuk anda seisi keluarga berkunjung.
Jika anda ke Dairy Farm ini, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya seperti memberi makan kambing, memberi makan anak lembu, melihat bagaimana susu diproses serta mencuba proses pemerah susu.
Jangan lupa untuk dapatkan beberapa cenderahati terutamanya produk tenusu popular mereka seperti ais krim dan susu Desa Cattle dalam kotak.
8. Marakau Fish Spa Massage
Marakau Fish Spa Massage adalah tempat menarik di Sabah yang menarik untuk dilawati. Salah satu tarikan pelancongan di Ranau, Sabah ialah Marakau Fish Spa.
Ia terletak di Kampung Marakau yang mengambil masa kira-kira 7 minit sahaja untuk sampai ke spa dengan menaiki kereta dengan jaraknya hanya 2.5km dari Pekan Ranau.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk merasai sendiri pengalaman menyentuh dan memberi makan kepada ikan-ikan jinak yang ada di sini.
Di Bombon ini, terdapat beberapa jenis-jenis ikan yang boleh didapati antaranya seperti ikan belut, emas, lampam jawa, kelah dan talapia.
Anda berpeluang mendaki bukit Dompurungon yang terletak berhampiran dengan Bombon tersebut sekiranya anda gemarkan aktiviti lasak.
9. Poring Hot Spring Ranau
Wajib berkunjung ke sini jika anda mahu melancarkan peredaran darah dalam badan dan merengangkan otot-otot anda.
Setiap hari ia dibuka dengan bayaran yang sangat murah iaitu RM3 untuk dewasa dan RM1 sahaja untuk kanak-kanak di bawah 18 tahun.
Terdapat juga aktiviti lain yang boleh dilakukan di Poring Hot Spring Ranau iaitu seperti Rock Pool, Slide Pool, Outdoor Hot Spring dan Indoor Bath Tubs selain daripada aktiviti bermandi-manda. Anda juga boleh lepaskan stress dan tenangkan stress anda disini sambil berenang-renang.
10. Kinabalu Park World Heritage
Tempat menarik di Sabah yang seterusnya yang akan kita bincangkan adalah Kinabalu Park World Heritage. Ia mempunyai habitat yang luas.
Pada tahun 1964, telah tertubuhnya Kinabalu Park World Heritage Site ini dan ia merupakan taman negara yang pertama di Malaysia. Taman ini dipenuhi dengan pelbagai jenis flora dan fauna yang unik dan menarik.
Ramai pelancong yang memilih untuk datang ke Kinabalu Park ini dek kerana suasananya yang tenang, indah dan sejuk. Anda boleh menyewa homestay, bilik lodge atau hotel sekitarnya jika anda ingin menginap di sini.
Untuk masuk, anda hanya perlu membayar sebanyak RM3 sahaja untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.
11. Anjung Senja Kota Kinabalu
Seterusnya, tempat menarik di Sabah adalah Anjung Senja. Anjung Senja merupakan sebuah medan selera yang terletak hampir 1km dari Medan Selera Pasar Filipina.
‘Anjung’ yang membawa maksud serambi dan ‘Senja’ yang bermaksud senja merujuk kepada pusat penjaja besar yang dibuka sepenuhnya pada waktu petang (senja).
Anjung Senja yang terletak berhampiran dengan laut Kota Kinabalu yang terletak di sudut selatan kawasan bandar tepi pantai. Lokasi dan suasana Anjung Senja lebih bersih dan tenang berbanding dengan Medan Selera Pasar Filipino.
Anda wajib datang ke sini jika anda seorang penggemar makanan laut kerana menu utama di Anjung Senja adalah makanan laut yang segar.
12. Pulau Sapi
Untuk pengetahuan anda semua, pulau yang kerap dikunjungi pelancong adalah Pulau Sapi.
Di antara semua pulau yang berdekatan dengan Kota Kinabalu, undian terbanyak sebagai pulau kegemaran pelancong telah dimenangi Pulau Sapi ini.
Pulau Sapi ini turut menawarkan aktiviti seperti Coral Flyer selain daripada pengalaman alam semula jadi yang mempesonakan.
Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke sini, anda sudah tentu akan terpegun dengan keindahan Pulau Sapi ini. Pulau Sapi mempunyai banyak tarikan dan keunikan seperti air laut yang jernih, langit biru, pantai berpasir putih dan hutan yang hijau walaupun ia hanya berkeluasan 25 hektar sahaja.
13. Pulau Manukan
Pulau Manukan juga antara tempat menarik di Sabah yang wajib anda lawati. Pelancong tempatan mahupun pelancong asing paling kerap mengunjungi Pulau Manukan ini.
Pulau ini sering menerima kunjungan pelancong kerana jaraknya yang dekat yang hanya mengambil 15 minit perjalanan dengan menaiki bot, dari Kota Kinabalu.
Di Pulau Manukan, banyak kemudahan yang disediakan kepada para pengunjung. Antaranya ialah restoran, kedai cenderamata, tandas, aktiviti sukan air dan juga tempat penginapan. Beberapa orang ‘lifeguard’ ditugaskan untuk mengawasi keselamatan pelancong dan juga laut.
Selain itu, di pulau ini terdapat sekumpulan polis yang bertugas untuk menjaga kesejahteraan dan mencegah jenayah daripada berlaku di kawasan ini.
14. Todak Waterfront Sabah
Todak Waterfront adalah tugu iklan kodak (Blue Marlin) yang merupakan lambang kepada pusat bandaraya Kota Kinabalu. Tugu iklan todak ini terletak bersebelahan dengan Todak Waterfront. Jangan lupa untuk ke sini dan bergambar bersama tugu ini jika anda ke Kota Kinabalu.
Kebiasaannya tugu ini akan dipenuhi oleh pelancong pada waktu petang kerana pemandangan matahari terbenam yang sangat indah dan cantik sekali.
15. Night Market Dataran Todak Sabah (Makan malam)
Terdapat banyak gerai makanan laut di Night Market Waterfront dan sangat sesuai untuk anda yang gemarkan makanan laut. Lokasi Night Market Dataran Todak ini berhampiran dengan pasar Filipina.
Pada waktu malam, kawasan ini sangat meriah dan aktif dengan kunjungan para pelancong. Di sini adalah tempat yang sangat ideal bagi sesiapa yang inginkan makanan seafood yang segar dan murah.
Jangan lupa untuk mencuba latok, sotong, lobster, udang, ikan merah dan sambal belacan di sini kerana ia sangatlah sedap dan segar yang pasti akan memenuhi selera anda.
16. Night Market Sinsuran (Shopping Mutiara)
Night Market Sinsuran adalah tempat menarik di Sabah yang seterusnya. Night Market Sinsuran sama seperti Night Market Dataran Todak iaitu pasar malam yang menjual makanan laut.
Namun begitu, makanan laut bukanlah tarikan utama di Pasar Malam Sinsuran ini. Ia lebih dikenali oleh pelancong tempatan mahupun asing kerana Mutiara Sabah yang banyak boleh didapati di sini.
Pelbagai jenis mutiara dijual dijual di gerai-gerai disini, dan sudah tentu anda akan rambang mata memilih mutiara disamping harganya yang sangat berpatutan. Namun begitu, berhati-hatilah dalam membeli mutiara di sini supaya tidak tertipu dengan mutiara tiruan.
Mutiara tiruan akan berbentuk bulat sekata berbeza dengan mutiara asli yang kebiasaannya tidak mempunyai permukaan yang sekata.
17. Filipino Market Sightseeing
Pasar Filipina adalah tempat menarik di Sabah yang akan kita kupas seterusnya. Destinasi pelancongan utama bagi pelancong yang berkunjung ke Sabah adalah Pasar Filipina.
Pasar Filipina ini terdiri daripada pasar malam, pusat penjaja, pasar basah dan kompleks kraftangan. Ia sangat popular dengan barangan cenderahati dan makanan laut. Pendatang dan penduduk yang berasal dari pulau-pulau selatan Filipina ini mengendalikan sebahagian besar pasar ini.
Anda boleh membeli makanan ringan tradisional, ikan masin, kraftangan yang berwarna-warni dan mutiara yang dituai dari lautan sekiranya anda berkunjung ke sini.
Pelancong biasanya akan ke pasar ini pada waktu malam untuk mendapatkan makanan laut yang segar seperti udang, kepiting, ikan, kerang dan sotong.
18. Dry & Frozen Seafood Sightseeing
Dry and Frozen Seafood Sightseeing adalah tempat menarik di Sabah yang seterusnya. Dry Seafood ini terletak berdekatan dengan Pusat Kraftangan dan Pasar Filipina.
Ia merupakan syurga bagi pencinta atau peminat makanan laut kering. Anda boleh ke sini jika anda mahu membeli makanan laut kering ataupun sejuk beku.
Diskaun sehingga 30% daripada harga asal boleh didapatkan jika anda berkemahiran dalam tawar-menawar. Makanan beku yang dijual juga masih baru dan segar lagi.
19. Jamilah Jewellery Shop
Jamilah Jewellery Shop ini merupakan tempat menarik di Sabah yang juga popular dalam kalangan para pelancong. Kebiasaannya, para wanita memang wajib mengunjungi ke tempat ini jika bercuti di Kota Kinabalu. Ia terletak di Jalan Fuad Stephen berhadapan dengan Kompleks Sinsuran.
Kedai ini menjual barangan kemas yang berasaskan Mutiara dan Kristal untuk wanita dan lelaki. Ia sememangnya asli, bermutu, dan rekaannya yang pelbagai dan terkini mampu memenuhi kehendak dan citarasa para pelanggan. Terdapat dua jenis mutiara iaitu mutiara air tawar dan mutiara air masin.
Mutiara air masin dikategorikan sebagai mutiara eksklusif kerana kesukaran untuk mendapatkannya dan setersunya menjadikan nilainya tinggi dan harganya yang boleh mencecah ribuan ringgit.
Berbeza dengan mutiara air tawar, ia berbentuk seperti ubi kentang, jagung dan beras yang lebih senang didapati dan harganya jauh lebih murah.
20. Signal Hill
Signal Hill juga merupakan antara salah satu tempat menarik di Sabah. Terdapat satu menara di atas Signal Hill ini yang membolehkan anda melihat pemandangan Kota Kinabalu dari atas.
Para pelancong lebih gemar datang pada waktu senja dan malam walaupun menara ini dibuka dari pukul 8 pagi kerana pemandangan ketika itu adalah yang terbaik sekali boleh disaksikan.
Disebabkan bentuk menara tinjau yang dibina seakan-akan bentuk UFO ini menjadikannya sangat menarik.
Walaupun Signal Hill merupakan tempat tertinggi di bandar Kota Kinabalu, namun pemandangannya ke arah lautan terbatas kerana bangunan-bangunan tinggi yang didirikan di bandar.
21. Cocoa Boutique: Chocolate Factory Outlet
Cocoa Boutique adalah tempat menarik di Sabah yang turut popular dalam kalangan pelancong. Cocoa Boutique terletak berhampiran Tanjung Aru dan merupakan kilang coklat yang terkenal.
Terdapat lebih daripada 300 jenis produk coklat yang dijual dan seterusnya telah menarik minat ramai pencinta coklat dari seluruh dunia untuk datang ke sini. Pada tahun 2005, kilang coklat di Tanjung Aru ini telah ditubuhkan di Sabah dan kini ia merupakan salah satu peruncit coklat yang utama di Malaysia.
Penghasilan coklat oleh Cocoa Boutique ini akan dijual di kedai ini sahaja dan tidak akan ditemui di tempat lain. Jadi, sangatlah rugi jika anda tidak mengambil peluang untuk singgah di Cocoa Boutique ini untuk membeli coklat kesukaan anda.
22. Pantai Tanjung Aru Sabah
Ia adalah pantai paling popular di Kota Kinabalu.
Selain daripada pemandangannya yang sangat indah, ia juga mempunyai kawasan yang cetek dan pasir yang halus. Jadi anak-anak anda boleh bebas berlari dan bermain sepuas-puasnya. Namun begitu, air di sini kurang bersih jika mahu dibandingkan dengan kawasan pantai Aru yang lain. Pantai Tanjung Aru terletak berdekatan dengan pusat bandar.
Tidak lengkap rasanya sekiranya anda tidak melawat pantai ini jika anda datang bercuti ke Kota Kinabalu ini. Yang lebih menariknya adalah di sini dipenuhi dengan gerai-gerai makan.
Anda juga boleh bersantai sambil menikmati makanan yang ada dijual selain daripada melihat dan menghayati pemandangan di sini.
23. IMAGO Shopping Mall
Imago Shopping Mall juga antara tempat menarik di Sabah ini. IMAGO Shopping Mall adalah pusat membeli-belah yang terletak di tengah-tengah Kota Kinabalu, Sabah.
Pusat membeli-belah yang berkeluasan kira-kira 800,000 persegi yang mempunyai 4 tingkat ini memiliki lebih kurang 300 buah kedai yang menempatkan tempat makan, kedai runcit dan tempat hiburan.
Pada setiap tahun, ia telah berjaya menarik ramai pengunjung termasuk penduduk tempatan dan pelancong dari serata dunia.
Sekian perkongsian, semoga bermanfaat untuk anda yang mahu melancong di Sabah.
Sumber: mypt3