Site icon TUHAU BAMBANGAN

Joniston dilantik Menteri Bertanggungjawab kepada DBKK yang baharu

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hari ini menerima kunjungan rasmi pertama Datuk Joniston Bangkuai selepas beliau dilantik sebagai Menteri Bertanggungjawab kepada DBKK, sekali gus menandakan permulaan peranan baharu dalam memperkukuh tadbir urus bandar raya ini.

DBKK dalam kenyataan memaklumkan, kunjungan ringkas itu mencerminkan komitmen bersama antara Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan ke arah pengurusan bandar yang lebih berkesan serta pembangunan Kota Kinabalu yang mampan dan berdaya saing.

Ketibaan Joniston, yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, disambut oleh Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah DBKK; Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi); serta Faradillah Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), bersama beberapa ketua jabatan DBKK.

Menurut DBKK, pelantikan Joniston sebagai menteri bertanggungjawab diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan DBKK, khususnya dalam usaha mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

DBKK turut menzahirkan komitmen penuh untuk bekerjasama rapat dengan Joniston bagi merealisasikan pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu yang inklusif, progresif dan lestari.

Exit mobile version