Site icon TUHAU BAMBANGAN

3 makanan wajib ambil masa sahur, kenyang lama & boleh kurus

Biasanya ramai yang skip sahur dengan alasan tidak selera makan waktu subuh. Padahal sama seperti sarapan, sahur amat penting untuk membekalkan tenaga supaya kita boleh bertahan sepanjang hari.

Bukanlah masa subuh makan benda-benda berat macam nasi kandar, nasi arab, tapi kalau bijak pilih menu sahur, insyaAllah anda akan kekal bertenaga ketika berpuasa.

Berikut perkongsian bagi 3 makanan wajib yang boleh di ambil masa sahur;

1. Makan kurma 3 biji

Makan kurma adalah sunnah jika di makan dalam bilangan ganjl. Bukan untuk saja-saja, tapi kurma yang dimakan dalam jumlah ganjil akan memberi kesan yang berbeza jika dibandingkan makan kurma dalam jumlah genap.

2. Minum 2 gelas air kosong

Pada bulan Ramadan, minuman manis dilihat lebih menarik berbanding air kosong, sedangkan air kosong merupakan minuman terbaik untuk memenuhi keperluan cecair dalam badan terutamanya apabila seharian tidak minum air.

3. Minum milo oat

Milo dan oat merupakan antara makanan yang ringkas dan mudah untuk bersahur. Malah ianya sangan mengenyangkan dan tahan lama dalam perut kita. Cara penyediaan pun sangat mudah, letak 1 sachet milo dengan oat dalam satu cawan kemudian tuang dan bancuh dengan air panas.

Jadi, sudah tidak ada alasan untuk malas dan tidak bersahur.

Sekian perkongsian, semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Sumber: Remaja

Exit mobile version