Site icon TUHAU BAMBANGAN

Jambatan Tamparuli masih ditutup, beri laluan pemeriksaan teknikal & penilaian

TUARAN: Jambatan Tamparuli ditutup sementara bagi memberi laluan kepada pemeriksaan teknikal dan penilaian keselamatan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Ahli Parlimen Tuaran merangkap ADUN Tamparuli, Datuk Madius Tangau.

Beliau berkata, penutupan itu dibuat atas faktor keselamatan pengguna yang menjadi keutamaan, sambil memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami orang ramai.

Menurutnya, beliau telah menghubungi JKR Tuaran untuk mendapatkan penjelasan lanjut serta meminta perancangan penyelesaian segera bagi memastikan keselamatan jambatan berkenaan terjamin.

“JKR memaklumkan pemeriksaan teknikal akan dijalankan esok, termasuk penilaian sehingga ke dasar sungai, tertakluk kepada keadaan cuaca,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa lalu.

Madius berkata, perkembangan sebenar akan dikemas kini pada Khamis (hari ini) selepas penilaian dibuat oleh JKR, sambil memohon kesabaran pengguna jalan raya.

Beliau turut menyedari penutupan itu menimbulkan kesulitan tambahan memandangkan ada hari Tamu Tamparuli, namun menegaskan langkah keselamatan perlu didahulukan.

Exit mobile version