Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki cedera, motosikal ditunggang tergelincir akibat tumpahan minyak diesel di bawah ‘flyover’ Tg Aru

KOTA KINABALU: Seorang lelaki cedera ringan selepas motosikal yang ditungganginya tergelincir akibat tumpahan minyak diesel di bawah Flyover Tanjung Aru, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.23 pagi itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu menerima panggilan berhubung tumpahan minyak diesel di atas jalan raya sebelum sembilan anggota dikerahkan ke lokasi dan tiba tiga minit kemudian.

Pengganti Ketua Balai BBP Kota Kinabalu, PPgB Mohammad Hannis Moktar berkata, pasukan bomba segera menjalankan kerja-kerja pembersihan menggunakan satu aliran hos salur bantu mula bagi mengelakkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya.

“Semasa kerja pembersihan dijalankan, sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC telah tergelincir dan terbabas menyebabkan penunggang lelaki berusia 27 tahun mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan lanjut.

Operasi yang diketuai PBK II KUP Adzuan Abidin itu turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.57 pagi selepas keadaan di lokasi disahkan selamat serta tiada lagi bahaya lain.

Exit mobile version