Site icon TUHAU BAMBANGAN

LKTNS serah pendapatan, dividen RM21.3 juta kepada peneroka Sabah

KOTA KINABALU: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) hari ini menyerahkan Pendapatan dan Dividen berjumlah RM21.3 juta kepada wakil peneroka dan peserta dari Wilayah Pantai Timur dan Pantai Barat, Sabah.

Penyerahan replika cek itu disempurnakan oleh Pengurus Besar LKTNS, Datuk Syaheddrul R Joddari, kepada wakil peneroka, Mohd Adzlie Jaidih, dan disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, pada majlis ringkas di pejabat Ketua Menteri di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin.

Syaheddrul berkata, meskipun berdepan pelbagai cabaran, LKTNS kekal komited memastikan kebajikan peneroka dan peserta terus terpelihara melalui pengurusan berhemah serta pelaksanaan strategi pembangunan yang mampan.

Menurutnya, agihan pendapatan dan dividen kepada seramai 2,119 peneroka LKTNS itu juga mencerminkan sokongan berterusan terhadap komitmen kerajaan negeri dan Persekutuan dalam usaha membasmi kemiskinan serta memperkukuh ekonomi masyarakat luar bandar.

Exit mobile version