Site icon TUHAU BAMBANGAN

GRS Plus, kuatkan agenda SMJ 2.0 – Azrul ucapkan tahniah kepada Hajiji

KOTA KINABALU: Pemangku Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Azrul Ibrahim, menyifatkan pembentukan Kerajaan Campuran GRS Plus sebagai tonggak penting dalam memastikan pembangunan Sabah terus dipacu secara mampan, inklusif dan berkesinambungan.

Dalam kenyataan di Facebook hari ini, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepadaDatuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor atas pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu bagi meneruskan agenda negeri melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Azrul berkata, pembentukan kerajaan campuran itu diyakini mampu memperkukuh kestabilan politik dan memastikan dasar-dasar sedia ada diteruskan dengan lebih efektif, terutama dalam menangani isu rakyat secara segera dan menyeluruh.

Menurutnya, Pemuda Gagasan Rakyat akan terus memainkan peranan sebagai platform suara anak muda Sabah, termasuk mengangkat isu-isu berkaitan kebajikan, pendidikan, ekonomi dan peluang pekerjaan generasi muda.

“Kami akan terus bergerak secara kolektif, menggembleng kekuatan dan kebersamaan bagi memastikan potensi anak muda diperkasakan seiring keperluan dan cabaran semasa,” katanya.

Azrul turut menyeru seluruh lapisan masyarakat, kepimpinan serta rakan-rakan dalam Kerajaan Campuran GRS Plus agar terus bersatu dan berpadu tenaga demi membawa Sabah ke arah negeri yang lebih stabil, makmur dan berjaya.

Exit mobile version