Site icon TUHAU BAMBANGAN

Timbalan Ketua Polis Negara tinjau kesiapsiagaan keselamatan PRU Sabah ke-17

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini turun padang melakukan tinjauan semalam, di beberapa lokasi strategik bagi memastikan tahap kesiapsiagaan keselamatan menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DU) Sabah ke-17 berada pada tahap optimum.

Tinjauan tersebut memberi fokus kepada elemen keselamatan menyeluruh termasuk penugasan anggota di pusat-pusat mengundi, kelancaran pergerakan masuk dan keluar pengundi, pengurusan trafik, serta penyediaan laluan kecemasan bagi menghadapi sebarang situasi tidak dijangka.

Aspek logistik, penyelarasan operasi dan kesiapsiagaan anggota di lapangan turut diberi perhatian bagi memastikan proses pengundian berjalan aman, lancar dan terkawal.

Ketibaan DIG Tan Sri Ayob Khan disambut oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, YDH ACP Kasim Muda, yang turut membentangkan taklimat ringkas mengenai persiapan keseluruhan operasi keselamatan bagi PRU DU Sabah ke-17.

Polis Diraja Malaysia menegaskan komitmen untuk memastikan ketenteraman awam dipelihara sepanjang proses pilihan raya dengan penugasan anggota yang mencukupi, pemantauan berterusan serta tindakan segera sekiranya berlaku sebarang insiden yang boleh mengganggu perjalanan PRU.

Exit mobile version