Baru-baru ini, media sosial TikTok dikejutkan dengan kemunculan dua kuburan kecil. Bukan tanpa sebab, pada batu nisan kedua kuburan tersebut, masing-masing tertulis nama Upin dan Ipin.
Penampakan dua kuburan tersebut dikongsi dalam bentuk video oleh akaun rangkaian sosial TikTok milik @wahyupunya__. Siapa sangka, video yang dimuat naik pada 15 Januari 2022 itu menjadi viral dan menjadi topik perbualan hangat di kalangan netizen.
Video tersebut diambil di satu kawasan tanah perkuburan. Perakam turut memfokuskan kamera pada sebuah makam dengan batu nisan berwarna biru. Menariknya pada batu nisan kecil itu tertulis nama ‘Upin’.
Kemudian perakam menghalakan pula kamera ke arah kubur lain yang terletak di sebelah kubur Upin. Kedua-dua kubur mempunyai batu nisan yang sama warna. Uniknya, pada makan kedua tertera nama ‘Ipin’.
Orang ramai berjaya dikejutkan kerana Upin dan Ipin merupakan watak kartun yang cukup terkenal dalam siri kanak-kanak.
Bukan sahaja nama yang tertera pada batu nisan, tarikh kematian turut tertera pada kedua kubur yang juga berjaya mendapat perhatian netizen.
Berdasarkn tulisan pada batu nisan Upin, dapat dilihat bahawa arwah meninggal dunia pada tahun 1995.
Manakala, batu nisan Ipin pula tertera tarikh meninggal dunia pada tahun 1996. Dengan demikian, masa kematian mereka hanya selang setahun.
Namun begitu, tidak ada maklumat lanjut mengenai kedua-dua makam tersebut.
Bagaimanapun, penampkan dua kubur itu berjaya membuat netizen membuat pelbagai spekulasi.
Rata-rata netizen percaya bahawa siri Upin Ipin adalah merupakan kisah benar.
Berikut antara komen-komen netizen;
“Katanya Upin Ipin versi asal sudah meninggal. Itu hanya imaginasi opah kerana kehilangan cucu, kemudian difilemkan. Katanya ceritanya terlalu panjang,” tulis @Ayhu Apriliya.
“Pernah dengar, katanya memang Upin Ipin awalnya dari Indonesia, Karena inggak ;aku filmnya dibeli saam Malaysia dan kemungkinan dari namanya diangkat dari nyata,” komen @Egak.
“Pantas ceritanya itu-itu mulu, enggak ada episode barunya, gitu ternyata Upin Ipinnya sudah wafat, inalillahi,” ujar @Chici Ruchi Nolan.
“Ternyata benar selama ini opah dan Kak Ros hanya berkhayal tentang Upin Ipin,” sahut @ubidankentang.
“Jadi sebenarnya semua episode di Upin dan Ipin itu cuma mimpi dari Kak Ros yang sedang koma, dan Upin Ipin itu adalah boneka yang selalu Ros bawa,” tambah @gugunsyd.
Sumber: suara.com