Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki guna dana bantuan Covid, beli kereta mahal kini jadi buruan polis

AS: Seorang pendatang dari Haiti kini menjadi buruan polis kerana didakwa menggunakan dana bantuan Covid untuk berfoya-foya.

Menurut Daily Mail pada Selasa lalu (4 Jan), lelaki berusia 27 tahun itu melakukan penipuan dengan menggunakan duit bantuan Covid tanpa izin untuk membeli barang mewah.

Dia membeli sebuah kereta Lamborghini Huracán EVO, pakaian berjenama dan jam tangan dari Rolex dan Hublot.

Menurut Kementerian Kehakiman, Valesky Barosy mencari bantuan lebih dari USD 4.2 juta dalam bentuk pinjaman Program Perlindungan Gaji.

Barosy turut memalsukan perbelanjaan tahun sebelumnya termasuk pendapatan bersih, gaji dan borang cukai IRS pada setiap permohonan. Dia dibayar kira-kira $2.1 juta.

Pada 29 Disember lalu, Barosy pertama kali hadir di mahkamah persekutuan untuk menghadapi lima pertuduhan penipuan wayar, tiga pertuduhan penggubahan wang haram dan satu pertuduhan kecurian identiti.

Jika diapati bersalah, Barosy akan menghadapi hukuman penjara hingga 132 tahun.

Semenjak Akta Bantuan Ekonomi, Bantuan dan Keselamatan (CARES) persekutuan berkuat kuasa pada 29 Mac 2020 ramai penipu telah menyalahgunakan bantuan kewangan yang disediakan oleh PPP.

Hampir $100 bilion telah dicuri daripada program bantuan Covid-19 yang ditubuhkan untuk membantu perniagaan dan orang ramai yang kehilangan pekerjaan akibat wabak itu, jelas Perkhidmatan Rahsia AS, berdasarkan data Jabatan Buruh dan Pentadbiran Perniagaan Kecil.

Florida Selatan mengetuai gelombang jenayah kewangan, lapor Miami Herald, termasuk seorang ahli perniagaan yang membeli sebuah Lamborghini bernilai $318,000 dengan menggunakan wang PPP.

Terdapat juga seorang jururawat yang berbohong tentang perniagaannya untuk membeli sewa Mercedes-Benz dan nafkah anak dengan bayaran $474,000.

Ada juga pasangan dari Miami Utara yang mengaku sebagai petani dengan keuntungan USD 1 juta.

Pasukan Petugas Penguatkuasaan Penipuan Covid-19 telah dibentuk pada 17 Mei 2021 untuk membasmi penipuan dana bantuan.

Sumber: suara.com

Exit mobile version