Site icon TUHAU BAMBANGAN

Pemandu van warga asing ditahan, cabul remaja bawah umur di Merotai

Tawau: Seorang pemandu van, iaitu lelaki warga asing ditahan polis selepas dipercayai mencabul remaja perempuan dalam kejadian di Merotai, Tawau.

Polis Tawau dalam satu kenyataan memaklumkan, semasa dalam perjalanan balik dari sekolah menaiki van yang dipandu lelaki tersebut, seorang remaja perempuan telah diganggu secara seksual oleh pemandu van.

“Dia kemudian memberitahu ahli keluarga sebelum pergi ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian tersebut.

“Bertindak atas laporan polis yang dibuat, sepasukan polis daripada Balai Polis Bombalai kemudian mengesan dan berjaya mengesan suspek seorang lelaki warga asing berumur anggaran 32 tahun dan merampas sebuah van dipercayai mempunyai kaitan dengan kes yang disiasat,” jelas kenyataan itu di sini, hari ini.

Suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Exit mobile version