Site icon TUHAU BAMBANGAN

Hajiji puas hati kemajuan Pan Borneo WP9, penduduk Kg Baru-Baru bakal nikmati air bersih

Tuaran: Projek Lebuhraya Pan Borneo WP9 yang menghubungkan Serusup, Tuaran ke Binturu, Kota Belud kini mencatat kemajuan positif apabila kerja-kerja pembinaan dilaporkan melebihi jadual asal, manakala penduduk Kampung Baru-Baru pula mula menikmati bekalan air bersih hasil pembinaan projek tube well berteknologi penapisan nano oleh Jetama Sdn. Bhd.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkembangan itu membuktikan usaha kerajaan negeri dalam memastikan infrastruktur jalan raya dan keperluan asas rakyat terus dipertingkatkan.

“Progres jalan Pan Borneo cukup baik, malah saya diberitahu kontraktor kini berada 5 peratus ke hadapan daripada jadual. Ini pencapaian yang sangat positif,” katanya selepas meninjau projek berkenaan hari ini.

Mengenai projek tube well di Kampung Baru-Baru, Hajiji berkata, teknologi itu amat berkesan dan kos efektif dengan nilai projek sekitar RM1.2 juta.

“Saya amat senang hati kerana penduduk kini mendapat bekalan air bersih walaupun kedudukan kampung jauh daripada saluran paip utama. Terima kasih kepada Jetama kerana berjaya menyiapkan projek ini,” ujarnya.

Beliau turut mencadangkan agar teknologi berkenaan diperluaskan ke kampung-kampung pedalaman lain di seluruh Sabah yang masih berdepan kesukaran mendapat bekalan air paip.

Sementara itu, projek Pan Borneo WP9 dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2028.

Exit mobile version