Site icon TUHAU BAMBANGAN

Kerajaan nafi hadkan pembelian RON95 kepada sekali sehari

Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan (MoF) menafikan laporan beberapa artikel media yang mendakwa kerajaan akan mengehadkan pembelian petrol RON95 kepada sekali sehari.

Dalam satu kenyataan media semalam (23 Sept), MoF menjelaskan bahawa kerajaan sama sekali tidak mempunyai sebarang rancangan untuk melaksanakan had pembelian tersebut.

“MoF ingin menjelaskan bahawa Kerajaan sama sekali tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian,” menurut kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, kementerian memaklumkan bahawa kerajaan sedang meneliti langkah-langkah bagi mengelakkan penyaluran subsidi RON95 disalahgunakan.

Inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dilaksanakan dengan tujuan memastikan keperluan harian rakyat Malaysia dapat terus dipenuhi.

Justeru, kenyataan itu menegaskan bahawa sebarang had pembelian sekali sehari jelas tidak selaras dengan tujuan tersebut.

Exit mobile version