Tidak dinafikan terdaapt juga masyarakat yang duit gajinya selalu sahaja tidak mencukupi. Malahan yang lebih teruk lagi, apabla duit gaji habis seeblum gaji bulan depan masuk.
Asyik tidak cukup ini memang bahaya jika berterusan dan menjadi amalan. Perlu cari solusi bagi mengatasi msalah berbelanja melebihi pendapatan.
Maski pun begitu, kita masih boleh bertahan dengan mengamalkan tip yang dikongsikan oleh perunding kewangan, Azizul Azli Ahmad.
Berikut caranya;
1. Celahan dompet
Simpan amaun yang anda selalu gunakan di anatara bahagian dompet yang paling mudah. Selitkan RM20 atau RM50 di celahan dompet yang anda rasa susah untuk keluarkan. Jumlah yang mahu diselitkan pula, terpulang diri sendiri. Jadi, apabila sedar duit sudah habis, masih ada beberapa wang kertas tersembunyi di celah bahagian dompet kita.
2. Laci pejabat
Sediakan sebuah tabung khusus di dalam pejabat. Boleh beli tabung murah di kedai RM2 atau gunakan botol kuih raya ikut saiz yang kita mahu. Boleh juga hias botol ikut kreativiti sendiri. Asalkan tabung itu boleh memberi anda motivasi untuk menyimpan. Tapi, jangan lupa untuk pastikan tabung anda tersembunyi dan berkunci.
3. Dalam komponen kereta
Di dalam kereta, ada beberapa komponen kenderaan yang agak tersembunyi dan setiap kereta mempunyai rekabentuk yang berbeza. Cuba teliti celah-celah kecil yang anda boleh selitkan duit ‘kecemasan’ di situ. Tapi pastikan duit trebut juga boleh dikeluarkan, jangan nanti sampai tersumbat di dalam komponen kereta. Satu lagi tip, pastikan anda tidak lupa, jika tidak akan disedut oleh ‘vaccum’ ketika proses mencuci kereta.
4. Belakang ‘casing handphone’
Ramai yang amalkan teknik ini. Sebab mungkin kita akan lupa membawa dompet, tapi telefon sangat jarang untuk kita lupa bawa. Biasanya, mereka akan meletakkan duit RM10 sehingga RM50 dalam casing handphone, terpulanglah pada diri maisng-masing. Terdapat juga banyak rekabentuk casing yang ada ruang untuk menyimpan duit yang biasanya dipanggil ‘phone wallet’. Ada banyak pilihan yang cantik dan murah di pasaran. Cuma perlu dipastikan duit anda tersembunyi dan tidak menarik perhatian orang lain.
5. Pemegang kad nama (name tag holder)
Teknik ini biasa digunakan juga sebab ramai yang simpan duit di dalam name tag holder ketika bekerja di pejabat. Sama juga dengan casing handphone, simpanan ini juga boleh selamatkan anda bila keluar makan tengahari. ATu belilah ‘lanyard’ untuk gantungkan pemegang kad nama di lahar anda untuk mudahkan anda apabila keluar nanti.
6. Simpan dengan pasangan anda
Pastikan pasangan anda boleh tolong simpan bukannya tolong belanjakan duit anda. Paling-paling simpan dengan ibu. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa perlu berikan duit kepada orang lain untuk simpankan? Sebanya adalah mungkin anda akan rasa segan untuk minta balik duit tersebut. Jadi lama-laam duit tersebut akan terkumpul.
Kesimpulannya, ia terpulanglah di mana anda suka selitkan duit kecemasan ini. Selepas sudah simpan, apabila telah gunakan wang tersebut, jangan lupa untuk isi semula duit itu. Pilihlah tempat strategik yang anda rasa tidak akan hilang dengan mudah. Tapi jangan sampai orang lain tahu simpanan kita berapa.
Sekian perkongsian, semoga bermanfaat!
Sumber: Azizul Azli Ahmad