Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki rentung terperangkap dalam kebakaran di Bongawan

PAPAR: Seorang lelaki rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah kediamannya di Kampung Nyaris-Nyaris Bongawan, di sini pada awal pagi hari ini (Isnin).

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi itu, mangsa Abdul Rahman Abu, 38 yang dipercayai tingaal seorang diri ditemui dalam keadaan rentung di ruang bilik air rumahnya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.26 pagi sebelum dua pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah (BBP) Kimanis dan BBP Beaufort dikejar ke lokasi itu.

“Kejadian membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal dan terbakar 90 peratus.

“Mayat mangsa ditemui di ruang bilik mandi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.48 pagi dan usaha memadamkan api sepenuhnya masih dilakukan. –SH

Exit mobile version