Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki warga emas cedera, Vigo dipandu terbabas sendiri di Jalan Tenom

Tenom: Seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun cedera selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Vigo yang dipandunya terbabas sendiri di bahu jalan di Kampung Mensasoh, Jalan Tenom-Kemabong, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 11.43 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom bergegas ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, PBK I MC Lean C Madis berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi pada jam 11.56 pagi, didapati seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan yang terbabas.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan rescue tools untuk mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan.

“Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi turut dibantu oleh anggota polis (PDRM) yang hadir di lokasi kejadian.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.14 tengah hari setelah memastikan kawasan kemalangan selamat dan tiada bahaya lain.

Exit mobile version