Site icon TUHAU BAMBANGAN

Geng anti vaskin mula buat hal, jual sijil vaksinasi palsu

Gambar Hiasan

Ketika awal pandemik Covid-19 dikesan hampir dua tahun lalu, kebimbangan kita untuk terus memikirkan bagaimana virus ini menjangkiti manusia. Terdapat banyak petua kita boleh amalkan untuk memastikan diri sentiasa dalam keadaan yang sihat.

Dan dengan kemunculan vaksin, membolehkan kita boleh menarik nafas sedikit lega, kerana akhirnya kita miliki senjata untuk membantu kita menghadapi pandemik ini.

Bagaimana pun, tidak semua senang dengan kehadiran vaksin dan muncul pula pelbagai kelompok dan individu yang menolak vaksin dengan bermacam-macam alasan serta bentuk kajian.

AFP melaporkan pada Jun lalu, Rusia berdepan masalah apabila muncul kegiatan menawarkan sijil vaksinasipalsu di pasaran gelap.

Seorang individu yang dikenali sebagai Sergei tidak merancang untuk mendapatkan suntikan vaksin Sputnik V dan menjumpai seorang lelaki yang menawarkan sijil palsu vaksin Covid-19 pada harga 15,000 ruble (kira-kira RM864) melalui aplikasi Telegram.

Tiga minggu selepas itu, Sergei memasuki portal perkhidmatan awam Rusia dan mendapati dia sudah memiliki sijil perakuan vaksin dan lengkap dua dos Sputnik V.

Sergei berkata, dia yakin suntikan itu mempunyai kesan sampingan dan bimbang vaksin itu hanya bersifat ‘eksperimental’.

Sentimen itu membantu memupuk pasaran gelap di Telegram dan forum darknet Rusia di mana puluhan peniaga mengaku menjual sijil palsu dan memalsukan pendaftaran di pangkalan data vaksinasi kerajaan.

Di pasaran gelap biasa, warga Rusia boleh mendapatkan sijil vaksin pada harga 2,000 ruble (kira-kira RM115).

Di Perancis, sejak kerajaan mewajibkan menunjukkan bukti penerimaan vaksin untuk memasuki kafe atau tempat awam, ia mengundang pasaran gelap bagi penjualan pas kesihatan palsu pada harga beberapa ratus euro.

Ia dijual secara berleluasa di media sosial malah, ada penjual berani mengiklankan perkhidmatan mereka secara terbuka.

Di Indonesia pula, Detik melaporkan bahawa terdapat kumpulan yang bukan saja menjual sijil vaksin palsu, malah turut menawarkan sijil keputusan ujian Covid-19 palsu yang ditawarkan secara terbuka di media sosial. – HM

Keadaan sama turut mula berjangkit di Malaysia.

Sejak kerajaan mengumumkan beberapa kelonggaran baru-baru ini dengan memerlukan individu sudah lengkap dua dos sahaja untuk aktviti tertentu, maka muncul pula individu yang menolak vaksin lalu mencari cara untuk mendapatkan pengiktirafan serupa tanpa perlu mendapatkan vaksin sebenar.

Ada yang sanggup menggunakan maklumat MySejahtera orang lain, ada yang cuba menghubungi klinik swasta lalu menawarkan sejumlah wang bagi mendapatkan sijil vaksinasi palsu.

Kebanyakan individu menolak vaksin ini menggunakan alasan agama untuk mempertahankan prinsip mereka dengan mengatakan kandungan vaksin Covid-19 ini haram.

Kesan vaksin ini boleh dilihat dengan merujuk kepada data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana peratusan kes jangkitan antara individu yang sudah menerima vaksin dan yang belum menerima vaksin. Katil-katil khas pesakit Covid-19 di hospital juga perlahan-lahan mulai lapang, penggunaan oksigen-oksigen bagi membantu pesakit Covid-19 di hospital juga mula berkurangan.

Malahan, ramai petugas kesihatan yang berkongsi di sosial media tentang keadaan mereka yang semakin redah dengan kehadiran pesakit Covid-19 yang kritikal.

Masih mahu menafikan keberkesanan vaksin? Teguh dengan prinsip tidak mahu divaksin? Terpulang, tapi jangan jadi punca kepada hal-hal yang tidak baik.

Tepuk dada, tanya selera.

Exit mobile version