Site icon TUHAU BAMBANGAN

Remaja perempuan dakwa dicabul sejak usia 10 tahun di Lahad Datu

Lahad Datu: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun selepas disyaki mencabul seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dalam kejadian di Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu memaklumkan, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa telah dicabul suspek sejak berusia 10 tahun di kawasan perumahan pekerja Ladang Sebrang.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Lahad Datu berjaya menahan suspek di Kampung Sarip pada jam lebih kurang 10.40 malam, 18 Ogos 2025,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Polis akan membuat permohonan reman terhadap suspek di Mahkamah Lahad Datu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Exit mobile version