Site icon TUHAU BAMBANGAN

Pertemuan Zahid – Hajiji: Adakah Sabah jadi penentu kestabilan politik nasional?

Kuala Lumpur: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Facebook rasminya pada malam Isnin menimbulkan persoalan baharu tentang landskap politik negara selepas beliau menyifatkan pertemuan antara Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor sebagai “penuh makna” dan mencerminkan “kematangan politik”.

Pertemuan itu, kata Anwar, berlangsung dalam suasana harmoni dan semangat kebersamaan.

“Ini sekali gus menjadi bukti komitmen untuk memperkukuh kerjasama demi kestabilan politik, khususnya dalam hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah.

“Saya percaya kestabilan politik adalah asas penting dalam menjayakan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

“Justeru, kerjasama erat antara pemimpin negeri dan Persekutuan amat penting dalam memastikan aspirasi rakyat direalisasikan secara menyeluruh serta inklusif,” katanya.

Anwar turut menyatakan keyakinannya bahawa semangat muafakat ini akan terus menjadi asas kepada perpaduan nasional yang lebih kukuh, demi masa depan Malaysia yang progresif, adil dan sejahtera untuk semua.

Pertemuan ini mencerminkan kematangan politik serta iltizam untuk memperkukuh kerjasama demi kestabilan negara, khususnya dalam konteks hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah.

Exit mobile version