Site icon TUHAU BAMBANGAN

Warisan janji mansuh PTPTN & hutang Yayasan Sabah jika berkuasa – Shafie

SEMPORNA: Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah berikrar akan memansuhkan sepenuhnya hutang pendidikan daripada PTPTN dan Yayasan Sabah bagi rakyat negeri jika diberikan mandat memerintah kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri Ke‑17 (PRN17).

Menurut laporan Jesselton Times, Shafie Apdal menegaskan bahawa peminjam berstatus anak negeri tidak lagi akan menanggung beban kewangan jika dasar pendidikan percuma dilaksanakan sepenuhnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa pihaknya akan menstruktur semula Yayasan Sabah, memastikan hasil negeri terus membantu pelajar daripada golongan kurang berkemampuan di Sabah.

Dalam ucapan yang sama, Presiden Warisan turut menyatakan bahawa pinjaman pendidikan pegawai kerajaan, sama ada yang sedang bertugas atau telah bersara akan dihapuskan jika mereka masih terhutang dengan Yayasan Sabah.

Langkah ini juga akan menyesemaikan bantuan kepada graduan Sabah yang menghadapi kesukaran membayar ansuran kereta atau sewa rumah.

Perkara itu disampaikan oleh Shafie Apdal ketika merasmikan program Semarak Kecemerlangan STPM Tahun 2024 dan sumbangan Smart‑TV kepada sekolah rendah peringkat daerah Semporna, yang dianjurkan oleh pejabat Parlimen Semporna, semalam.

Exit mobile version