Site icon TUHAU BAMBANGAN

2 suspek kes samun di Hilltop ditahan, polis rungkai kes dalam tempoh singkat

TAWAU: Polis berjaya menahan dua suspek lelaki disyaki terlibat dalam kes samun seorang kontraktor yang berlaku di kawasan Hilltop, sekaligus merungkai kes tersebut dalam tempoh singkat hasil tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau berkata, penahanan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 30-an, manakala suspek kedua, seorang lelaki warga tempatan berumur sekitar 29 tahun, ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Sri Indah.

“Hasil maklumat dan siasatan, polis berjaya mengesan suspek kedua yang turut terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek kedua kemudiannya telah membawa polis ke Jalan Tengku Osman untuk menunjukkan lokasi di mana sebuah beg silang dipercayai barang kes dibuang selepas kejadian. Barang tersebut telah dirampas untuk siasatan lanjut.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pihak polis turut merakamkan penghargaan atas kerjasama orang ramai serta menyeru agar sebarang maklumat berkaitan jenayah disalurkan segera bagi membantu membanteras kegiatan jenayah di daerah ini.

Exit mobile version