Site icon TUHAU BAMBANGAN

Kerajaan negeri hargai komitmen Singapura perkukuh hubungan dengan Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, merakamkan penghargaan terhadap komitmen Singapura dalam memperkukuh hubungan dua hala dengan Sabah, khususnya dalam aspek pelaburan dan kerjasama teknikal.

Penghargaan itu dizahirkan semasa kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Vanu Gopala Menon ke pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu, Khamis lalu.

“Kerajaan Negeri amat menghargai peranan Singapura yang sentiasa menyokong usaha mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini. Kami mengalu-alukan lebih banyak pelaburan dari republik itu,” kata Hajiji.

Dalam pertemuan tersebut, TYT Vanu memaklumkan bahawa Singapura bersedia memperluas kerjasama dengan Sabah merangkumi bidang latihan, perkongsian kepakaran teknikal, pendidikan dan lain-lain sektor yang berpotensi memajukan negeri.

Pertemuan itu turut menyaksikan pertukaran pandangan antara kedua-dua pihak mengenai cara-cara mempererat hubungan strategik antara Sabah dan Singapura pada masa hadapan.

Kunjungan tersebut turut dihadiri beberapa pegawai kanan Kerajaan Negeri Sabah dan pegawai Suruhanjaya Tinggi Singapura di Malaysia.

Exit mobile version