Site icon TUHAU BAMBANGAN

Gunung Es 1.5 Kali Lebih Besar Dari Bandar Paris, Hampir Menyebabkan Bencana

Pada awal tahun ini, sebuah gunung es besar di Antartika telah terhasil selepas ia terpisah daripada cantuman bahagian besarnya yang dikenali sebagai Brunt Ice Shelf.

Bahagian gunung es yang terpisah yang dikenali sebagai A-74 itu dianggarkan bersaiz 1.5 kali ganda lebih besar keluasannya berbanding bandaraya Paris termasuklah kawasan sekitarnya

Walaubagaimanapun, tiada pergerakan berlaku pada aisber A-74 itu sepanjang tempoh tersebut di mana ia kekal berada berhampiran pada Brunt Ice Shelf.

Sehinggalah pada awal Ogos baru-baru, Agensi Angkasa lepas Eropah (ESA) melaporkan berlakunya tiupan angin kuat di Antartika sehingga menggerakkan aisberg A-74.

Berdasarkan kepada imej berturutan yang dirakam oleh satelit Copernicus Sentinel-1, Gunung Es A-74 yang berkeluasan 1270km persegi itu telah bergerak  bermula dari 9 hingga 18 Ogos lalu.

Rekahan Gunung Es (Iceberg) A-74

Menurut ESA, pergerakan aisberg A-74 yang tidak stabil itu hampir menyebabkan berlakunya bencana besar di mana ia hampir berlanggar dengan bahagian Brunt Ice Shelf.

Jika berlaku perlanggaran tersebut, ESA menyatakan ia boleh boleh mewujudkan pula gunung es yang berkeluasan 1700km persegi hasil pemisahan Brunt Ice Shelf dari sambungannya iaitu Halley IV.

Pada tahun lalu, para saintis menyuarakan kebimbangan terhadap keadaaan ini kerana ia pemecahan dan pergerakan gunung es akan memusnahkan habitat dan sumber makanan pada hidupan liar di Antartika seperti penguin dan lain-lain.

Sumber : The European Space Agency

Exit mobile version