Site icon TUHAU BAMBANGAN

Remaja lelaki maut, tersepit dalam kemalangan babit lori & Alza di Jalan Keningau-Sook

KENINGAU: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Batu 11, Jalan Keningau ke Sook pada malam Khamis.

Menurut kenyataan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, pihak mereka menerima panggilan kecemasan melalui talian balai pada jam 9.27 malam dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian pada jam 9.47 malam, kira-kira 14 kilometer dari balai.

Kemalangan membabitkan sebuah lori dan kenderaan jenis Perodua Alza. Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati pemandu Perodua Alza tersepit di tempat duduk pemandu dan tidak sedarkan diri, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.

Operasi menyelamat dijalankan oleh sembilan anggota BBP Keningau diketuai oleh Komander Operasi, PBK I Raizaain AG Damit dengan bantuan peralatan khas Hydraulic Power Unit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 11.13 malam dan tamat sepenuhnya lima minit kemudian.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Exit mobile version