Site icon TUHAU BAMBANGAN

Tiada peningkatan bil elektrik untuk semua pengguna di Sabah & WP Labuan bermula Julai hingga Disember ini

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah meluluskan pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang atau Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi tempoh Julai hingga Disember 2025.

Mekanisme ini akan mengecualikan surcaj kepada semua pengguna elektrik di Sabah dan WP Labuan.

Energy Commission of Sabah (ECoS) dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan dibuat berdasarkan kos penjanaan yang terkawal yang tidak memerlukan pengenaan surcaj kepada sebahagian pengguna seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

“ICPT merupakan mekanisme di bawah Incentive Base Regulation (IBR) bagi semakan ke atas tarif elektrik yang dilaksanakan setiap enam bulan, akibat daripada perubahan kos penjanaan sebenar berbanding unjuran bagi Tempoh Kawal Selia yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui rangka kerja IBR.

“Pelaksanaan ini akan memberi manfaat kepada keseluruhan pengguna, termasuk pengguna di bawah Pemegang Lesen Awam Pengagihan.

“Ini bermaksud tiada peningkatan bil elektrik untuk semua pengguna di Sabah sepanjang tempoh enam bulan tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Exit mobile version