Site icon TUHAU BAMBANGAN

Miliki dokumen pengenalan orang lain, lelaki warga asing dicekup polis

TAWAU: Sepasukan polis “Strike Team” dari Balai Polis Tawau telah berjaya menahan seorang lelaki disyaki terlibat dengan kes memiliki dokumen pengenalan diri orang lain di sebuah tempat penginapan di daerah Tawau baru-baru ini.

Semasa menjalankan Ronda Cegah Jenayah (RCJ) yang diketuai oleh Inspektor Hamka Ab Rashid telah ternampak seorang lelaki kelihatan mencurigakan di hadapan sebuah bangunan.

“Ketika pemeriksaan hendak dibuat, lelaki tersebut cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh anggota yang bertugas.

“Siasatan awal secara lisan mendapati suspek mengaku mempunyai dokumen pengenalan diri namun ketika pemeriksaan lanjut dibuat, dijumpai (02) keping Mykad, (01) keping MyKid dan (01) sijil kelahiran tertera nama pemilik lain yang disimpan di dompet miliknya.

“Suspek juga merupakan warga asing yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk tinggal di negara ini,” jelas polis Tawau dalam satu kenyataan.

Suspek bersama barang rampasan kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau mengikut Peraturan 25 (1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk masuk dan tinggal di Malaysia.

Exit mobile version