Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki tanpa dokumen pengenalan diri ditahan, bawa pisau di kawasan perumahan

TAWAU: Seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri yang sah ditahan polis kerana didapati membawa sebelah pisau sambil berlegar-legar di kawasan sebuah taman perumahan di Taman Megah Jaya.

Polis Tawau dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tangkapan tersebut dijalankan oleh sepasukan polis daripada Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) BPJKK IPD Tawau ketika menjalankan penugasan rondaan cegah jenayah.

“Lelaki tersebut ditahan kerana dilihat berada dalam keadaan mencurigakan sambil berlegar-legar di kawasan taman perumahan tersebut.

“Hasil pemeriksaan tubuh badan yang dijalankan, polis telah menemui sebilah pisau di bahagian badan suspek.

“Siasatan awal polis juga mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya di sini, hari ini.

Suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kes disiast di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Exit mobile version