Site icon TUHAU BAMBANGAN

Warisan tegas akan gerak solo hadapi PRN Sabah ke-17

TUNGKU: Parti Warisan menegaskan pendirian mereka untuk terus bergerak solo bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijangka berlaku tahun ini.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pihaknya tidak terburu-buru meletakkan calon di semua 73 kerusi DUN Sabah.

Sebaliknya akan membuat penilaian teliti berdasarkan sokongan dan keperluan rakyat di kawasan tertentu.

“Dan itu apabila kita nyatakan bahawa kita solo ataupun kerusi-kerusi yang kita tanding, jangan mengikut nafsu. Tapi kita tengok dahulu bagaimana keadaan dia.

“Itu yang saya nyatakan, yang penting kerjasama dengan rakyat, contohnya di kawasan-kawasan yang kita tidak mudah untuk menang, nakkan wakil Warisan juga bertanding, kita akan bertanding.

“Kalau ada keyakinan rakyat di situ, kita menang. Tapi saya yakin kali ini, Warisan insya-Allah… kalau kita kerja lah, kita boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menghadiri Jelajah Presiden Warisan PRN 17 di kawasan DUN Tungku, pada Sabtu.

Dalam majlis sama, Shafie turut melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri Parti Warisan di kawasan sebagai simbolik persiapan menghadapi PRN akan datang.

Exit mobile version