Site icon TUHAU BAMBANGAN

PN sokong Ismail Sabri dengan syarat

PM mengigatkan sekali lagi jika mendapat perkenan Agong, Naib Presiden Umno itu mestilah mengetuai kerajaan Perikata Nasional yang menghormati prinsip pengasingan kuasa.

Muhyiddin Yassin yang merupakan pengerusi Perikatan Nasional berkata, sokongan yang diberikan gabungan itu kepada Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri baru adalah bersyarat.

Muhyiddin juga berkata, Naib Presiden Umno itu mesti memastikan anggota kabinetnya bersih dan bebas dari sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah. Mereka juga haruslah berintegriti dan amanah.

“Kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berpelembagaan,” katanya.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut setelah 114 ahli parlimen dipanggil ke Istana Negara petang ini.

Tambah Muhyiddin, “Saya juga berunding dengan pimpinan parti GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan PBS (Parti Bersatu Sabah) yang membentuk kerajaan persekutuan sebelum ini untuk mengambil ketetapan sama. Keputusan ini dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar kerajaan PN yang sedang menumpukan perhatian kepada usaha memerangi Covid-19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya umum bagi mengembalikan mandat rakyat”.

“Apabila berhadapan dengan situasi krisis, ahli-ahli politik mesti berjiwa besar demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya lagi.

Exit mobile version