Site icon TUHAU BAMBANGAN

Berang hilang rantai motosikal, lelaki mengamuk acu parang & ugut bunuh keluarga sendiri

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki selepas mengamuk dan mengugut membunuh ahli keluarganya dalam satu kejadian di Felda Umas 4, Kalabakan, pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengahari selepas suspek warga tempatan berusia 30-an bertindak demikian kerana berang akibat kehilangan rantai motosikal miliknya.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama anggota Polis Bantuan Felda berjaya menahan suspek di kawasan rumahnya di Felda Umas 4, Kalabakan kira-kira jam 8 malam pada hari sama.

“Sementara itu, turut dirampas dua bilah parang yang digunakan semasa kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, hasil semakan suspek juga mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah dan penyalahgunaan dadah.

Exit mobile version