Site icon TUHAU BAMBANGAN

UPKO tetap bersama Anwar Ibrahim

UPKO atau lebih dikenali sebagai Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu telah menyatakan pendirian mereka yang terus menyokong Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri (PM) bagi mewakili blok pembangkang.

Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UPKO, Nelson W Angang berkata, Ahli Parlimen Tuaran yang mewakili UPKO iaitu Datuk Seri Madius Tangau sudah pun menghantar akuan bersumpah (SD) kepada Istana Negara, hari ini.

“UPKO konsisten dengan keputusan meyokong Ketua Pembangkang, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan”

Beliau turut menjelaskan kenyataan itu dibuat bagi menjelaskan pendirian UPKO sekiranya ada mana-mana pihak yang mendakwa perkara sebaliknya.

Sebelum ini, UPKO tidak menamakan mana-mana Ahli Parlimen sebagai calon PM, selain turut berdiam diri mengenai hasrat Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang telah menawarkan diri sebagai calon sekiranya ada sokongan tambahan.

Exit mobile version