Site icon TUHAU BAMBANGAN

Kinabatangan disytihar sebagai kawasan bencana banjir

KINABATANGAN: Daerah ini telah disytihar sebagai kawasan bencana banjir pada jam 4.45 petang hari ini.

Pengisytiharan itu dibuat Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah (JPBD) Kinabatangan, Willey Lampaki.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana seperti ketetapan ini, iaitu pada jam 4.45 petang, 2 April 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam menerusi satu kenyataan yang disediakan oleh Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Sabah.

Sementara itu, Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan satu jam yang lepas, mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka akan berlaku di lapan daerah di kawasan pedalaman Sabah sehingga jam 9 malam hari ini.

Lapan daerah tersebut termasuk Kinabatangan; Tongod; Sandakan; Sipitang; Tenom; Beaufort; Nabawan; dan Keningau.

Exit mobile version