Site icon TUHAU BAMBANGAN

Penjawat Awam di Sabah Terima Bantuan Khas RM1,000 Sempena Aidilfitri dan Kaamatan

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah hari ini meluluskan pemberian Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan tahun ini.

Kelulusan itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

“Bantuan khas ini melibatkan pembayaran RM500 sempena Hari Raya Aidilfitri dan RM500 lagi sempena Pesta Kaamatan, selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mensejahterakan penjawat awam negeri, selain menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan penjawat awam.

“Keputusan ini telah dipersetujui pada Mesyuarat Jemaah Menteri Negeri Sabah hari ini, dan pembayaran akan dibuat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan,” katanya.

Tambah Masidi lagi, kerajaan Negeri turut merakamkan penghargaan kepada seluruh penjawat awam dan berharap bantuan khas ini akan menjadi suntikan semangat untuk terus berusaha lebih gigih dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih cemerlang.

Exit mobile version