Site icon TUHAU BAMBANGAN

4 mangsa dikejarkan ke hospital selepas Pajero Sport terbabas sendiri & jatuh dalam parit di Jalan Pantai Pimping Membakut

MEMBAKUT: Empat orang mangsa dilaporkan mengalami kecederaan telah dikejarkan ke hospital selepas kenderaan jenis Pajero SPort yang dinaiki terbabas sendiri sebelum terjatuh ke dalam parti dalam kejadian kemalangan di Jalan Pantai Pimping di sini petang kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, PPgB Nelson Ponji berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.55 petang.

“Susulan panggilan itu, seramai lima anggota bomba dari BBP Kuala Penyu yang diketuai Komander Operasi PBK II Ak Mohd Rafie Pg. Baha telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 26 kilometer dan tiba pada jam 6.10 petang.

“Lapor kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Pajero Sport terbabas sendiri dan terjatuh ke dalam parit.

“Terdapat empat orang mangsa terlibat berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan telah dihantar ke Hospital sebelum jentera tiba dan menurut saksi mangsa mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pasukan bomba membuat pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi sebelum menamatkan operasi sepenuhnya pada jam 6.36 petang.

Exit mobile version